Pengenalan

Inilah kisah hidupku. 

Assalamualaikum.

Nama saya Umie Nonie

Umur 67 tahun.

Saya tertarik dengan satu posting di FB, akhirnya saya terjebak sehingga... Sedihnya nak cerita. Baca lah blog saya ni sepenuhnya. Apa2 info jangan dedahkan pada sesiapa.

Sila Komen dan berikan pandangan dan semangat sebab tengah down sekarang ni.

Terima kasih.



Kronologi


1. Suruh melabur 100 dan dapatlah 140 dalam beberapa minit. Memang masuk akaun bank 140 tu.

2. Suruh melabur 350 pulak. Dia bagitau ada profit terkumpul 23,660. Dia minta bayar caj perkhidmatan 1,563. Janji nak pindah ke Akaun sebanyak 25,223. Katanya ditahan oleh bank. 

3.  Sebab profit lebih 15,000 kena bayar TAC 

4.  Bila dia nak bayar, Bank Of America tahan. Sebab saya tidak pernah terima duit dari Bank of America. Kena bayar processing fee sebanyak 2,760 dan dijanjikan dapat dalam 10 minit sebanyak 27,983.

5.  Bila dah bayar dikatanya bayar kepada Bursa sebab tak pernah terima duit besar sebelum ini. Dia minta lagi 3,990 untuk dia proses closing akaun.

6.  Dia bagi tau sebab jumlahnya besar Dan bank mintak processing account. Bila tanya berapa kena bayar dia bagitau 6,394 sebab transaksi besar. Dia bagitau akan dapat 38,367.60

7.  Bila dah bayar 6,394 tu ada pulak Platform Fee nak kena bayar. Dia mintak bayar 11,518.28 Dan akan dapat 99,877.88 dalam masa 10 minit

8.  Tak boleh pindahkan duit  sebab bank dah tahan kerana terlalu banyak transaksi besar pada hari tersebut.

9.   Esoknya sambung Dan terus buat pindahan 11,518.20. Okay je dan lepas.

10.  Lepas tu bagitau ada kena bayar 15,000 iaitu Banker Fee. Bila bayar banyak tu duit akan di proses kedalam akaun sebanyak 164,877.88

11.  Bila nak bayar 15,000 bank  tak lepas. Cuba transfer 7,000, lepas. Nak kena cari lagi 8,000. Pergi ATM keluarkan cash 8,000 nasib baik dapat keluarkan tapi boleh keluarkan 1,500 sebanyak 6 kali.

12.  Dah bank in 8,000 secara manual bagi menjadikan jumlahnya 15,000

13.  Dia bagitau akaun bank kena FREEZE. Dia mintak pulak 19,785.34 untuk mendapat 234,663.22 dalam masa 5 minit.

14.  Baki dalam bank ada 17,133.30 je. Camana nak pindah 19k. Mintak tolong dia tambah 3k, dia tolong dengan macam2 syarat. Dan akhirnya berjaya di unfreeze.  

15.  Bila nak pindahkan duit tu masuk ke akaun bank saya tak boleh. Ni mesejnya.



Dia nak bayar ke akaun saya tak boleh. Sebab had akaun dia tak boleh nak lepas. Jadi untuk mendapatkan 234,663.22 kena bayar lagi 3,000. Had akaun dia tapi saya yang kena bayar.

16.  Saya duit dahlah habis paksa2 suruh cari jugak. Mana nak cari. Dahlah umur macam ni takde sape nak simpati dah. Kalau ada nak tolong semuanya tanya sebab apa nak pinjam. Sudahnya takde sape berani nak pinjamkan sebab takut saya tak mampu bayar balik.

17.   Saya pun tak yakin duit tu akan dapat sebab tiap kali ada profit dan bayar caj dia kata ni last atau terakhir. Ni last apa, dari satu peringkat ke satu itu je katanya. Last, last. Akhirnya duit saya hangus sebanyak 59,215.00.

18.  Mintak nak pinjam manager MX tu tak nak bagi pulak. Macam menunjukkan dia pun tak yakin duit tu akan masuk akaun Saya. Kalau dia tak yakin, saya apa lagi. Pinjam kat orang nanti tak dapat bayar balik, akhirnya jadi permusuhan.

19.   Manager tu dah lama dok kat tempat tu, jadi fahamlah perjalanan saham tu. Apalah salahnya dulukan duit dia. Dia tak fikir ke orang dah berhabis banyak. Fikirlah saya ni dah tahap mak dia, takkan tak boleh tolong sikit. Kita tolong orang pasti Allah akan tolong balik 

20.  Saya ni, kalau betul dapat sebanyak tu, saya boleh bayar balik berganda-ganda duit tu. Takkan saya nak tipu. Kita ni Allah perhatikan perbuatan kita.

21.   Duit dalam akaun tinggal 133.33 je nak hidup macamana. Suami dah lah takde duit pencen sebab dulu kerja swasta. Memang saya ni di aniaya betul. Tergamak dia buat macam ni.

22.   Sekarang saya tak tau nak buat apa. Harap ada orang baik tunjuk ajar bagaimana nak dapatkan semula duit tersebut. Kalau lapur ke polis, bank, nsrc rasanya takkan dapat balik, banyak dah berlaku takde yang dapat balik. Cumanya repot polis tu sebagai rekod saja lah bahawa saya ni pernah di aniaya orang 

23.  Dari 10 minit, 5 minit ni dah berhari-hari tak dapat lagi duit. Masalah akaun dia ada had, saya pulak nak kena bayar.

Hanya mampu redha dan berharap Allah tunjukkan kuasanya.

Senarai Bayaran yang di buat kepada Broker (Keldai Akaun)

Vincent Gary Anak Jeng

Ambank 8881076757938

100.00 (25/6 @3.08pm)

350.00 (25/6 @3.54pm)

1,563.00 (25/6 @5.39pm)

2,760.00 (26/6 @9.24am)

3,990.00 (26/6 @10.24am)

6,934.00 (26/6 @11.05am)


Nor Shazani Binti Kam (dalam resit tak tunjuk penuh)

MBB 106146246239

11,518.20.    (27/6@10.04am)

7,000.00 ).  (27/6@10.46am)

3,000.00 ).  (27/6@1.26pm)

5,000.00 ).  (27/6@1.30pm)

Bayaran sebenar 15,000, tapi masuk pertama boleh 7,000 saja sebab dah limit. Keluarkan dari ATM 8,000 boleh bank-in 5,000 untuk sekali masuk. Kemudian ulang 3,000.

Muhammad Kalith bin Abdul   (dalam resit tak tunjuk penuh)

MBB. 558387577419

17,000. (29/6@1.01pm)






Comments

Popular posts from this blog

Manager Yang Uruskan

Permulaan di scam